burung terbang

Animasi Pictures, Images and Photos

Thursday 13 December 2012

KATA DASAR BANYAK MAKNA

KATA DASAR
MAKNA
CONTOH AYAT
Album
a)      Buku tempat menyimpan gambar, setem
b)      Piring hitam
Gambar-gambar perkahwinan abang tersimpan di dalam album tersebut.
Sudirman banyak mengeluarkan album lagu patriotik
Bapa
a)      Panggilan kepada orang tua sebagai tanda hormat
b)      Perintis jalan, pelopor
Bapanya menghidap sakit jantung

Tunku Abdul Rahman adalah bapa kemerdekaan negara
Cetek
a)      Tidak dalam (air)

b)      Tidak luas (pengetahuan)
Air perigi itu cetek pada musim kemarau
Ilmunya cetek kerana dia tidak suka membaca
Erti
a)      Simbol

b)      Faham

c)      Faedahnya
Jika siren ambulans berbunyi, ertinya ada kecemasan
Halim tidak mengerti akan perubahan sikap adiknya
Tidak ada ertinya kamu membantu orang yang degil seperti budak itu
Had
a)      Batas, sempadan

b)      Hingga, setakat
Jangan melepasi had yang ditentukan
Skirt itu hanya had lutut sahaja
Identiti
a)      Keperibadian seseorang

b)      Adat resam, simbol dalam masyarakat
Berbaju kebaya menjadi identiti penyanyi itu
Ketinggian budi dan sopan santun adalah identiti masyarakat timur
Lurus
a)      Tidak bengkok
b)      Jujur, benar

c)      Tegak betul
Jalan raya itu sungguh lurus
Cik Lee yang lurus itu selalu dipermainkan orang
Anggota tentera yang menyertai perbarisan kawat berdiri lurus
Pudar
a)      Kabur
b)      Pasif


c)      Kelam, kurang cahaya
Warna seluarnya telah pudar
Semangatnya untuk belajar semakin pudar setelah kematian emaknya
Cahaya lampu di dalam bilik itu semakin pudar
Serbu
a)      Menyerang, merempuh, melanggar

b)      Pergi beramai-ramai, meluru
Pasukan polis menyerbu rumah perjudian disebatang lorong di Banting
Orang ramai menyerbu ke sebuah pasar raya yang mengadakan jualan murah
Taat
a)      Sentiasa menurut perintah, patuh, akur
b)      Setia, jujur, tidak berlaku curang
Rakyat Malaysia mesti taat kepada pemerintah yang memerintah
Suami isteri perlulah taat kepada ikatan perkahwinan





MOTIVASI


KATA BERIMBUHAN BANYAK MAKNA

KATA BERIMBUHAN
MAKNA
CONTOH AYAT
Berada
a)      Kaya, mempunyai banyak harta
b)      Dalam sesuatu keadaan

c)      Ada di sesuatu tempat
Boon Siew adalah orang yang berada.
Mangsa-mangsa gempa bumi berada dalam ketakutan.
Dia masih berada di situ ketika pembunuhan berlaku.
Bergaul
a)      Bercampur, bersahabat


b)      Telah diuli
Jamaliah melarang anaknya bergaul dengan budak-budak yang nakal.
Tepung itu telah bergaul dengan serbuk kari.
Bersumpah
a)      Menyatakan atau menafikan sesuatu

b)      Berjanji
Fadzli bersumpah tidak melakukan perbuatan yang tidak terkutuk itu.
Mira bersumpah akan belajar bersungguh-sungguh sehingga Berjaya.

MOTIVASI


PANDUAN MENULIS KARANGAN UCAPAN


1.      Karangan ucapan biasanya ditulis bersempena dengan sambutan suatu majlis tertentu seperti perhimpunan, majlis perasmian, majlis perpisahan, majlis keraian, dan sebagainya.
2.      Beberapa contoh ucapan ialah ucapan tahniah, ucapan takziah, ucapan perpisahan, ucapan penerangan, ucapan terima kasih, dan uacapan perasmian.
3.      Bagi menulis karangan ucapan, biasanya suatu situasi diberikan. Kamu diminta menulis ucapan berdasarkan situasi tersebut.
4.      Isi-isi yang diberikan dalam karangan ucapan mestilah tepat dan logik.
5.      Gunakanlah bahasa yang mudah, tepat, dan padat. Penggunaan ungkapan menarik seperti peribahasa amat digalakkan dalam penulisan karangan ini.
6.      Semasa menulis teks ucapan, pastikan terdapat tiga bahagian seperti yang berikut:
(a)   Pendahuluan (satu perenggan)
-  kata alu-aluan kepada majlis mengikut kedudukan pangkat
(b)  Isi-isi (satu isi satu perenggan)
-   sekurang-kurangnya empat isi berserta huraian dan contoh

(c) Penutup (satu perenggan)     
-  mengakhiri ucapan dengan kesimpulan dan mengucapkan terima kasih

      .  Kata penghadapan atau kata panggilan kepada hadirin mestilah diselang-selikan antara    
            perenggan ketika menulis karangan ucapan.


MOTIVASI



PENANDA WACANA
·                     Penanda wacana ialah kata atau rangkai kata yang menghubungkan ayat.
·                     Penanda wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perengan yang baru supaya ayat-ayat menjadi lebih teratur dan mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang seterusnya.

Contoh-contoh soalan penanda wacana.

1 Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah
letak.
A Justeru
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian

2 Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.
A lagipun
B mungkin
C akhirnya
D kemudian

3 Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.
A Lagipun
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian

4 Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksa dibatalkan.
A Jadi
B Justeru
C Mungkin
D Sebaliknya

5 Dato’ Khir menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web syarikat itu.
A Namun
B Mungkin
C Meskipun
D Seterusnya

6 Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ________ tarikh tutup semakin hampir.
A justeru
B lagipun
C namun
D walhal

7 _________ membeli kereta, memiliki basikal _____ dia tidak mampu.
A Baik …pun
B Jangankan…pun
C Walaupun…bahkan
D Walaupun…namun

8 Azah kelihatan mengantuk lagi. ____ dia menolong ibunya di warung sehingga lewat malam.
A Kemudian
B Namun
C Mungkin
D Selain itu


9 Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. ____________ sukat air secukupnya.
A Namun
B Oleh itu
C Kemudian
D Dengan demikian

10 Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia sentiasa mendapat pujian daripada guru-gurunya.
A Selain itu
B Oleh sebab itu
C Namun demikian
D Biarpun demikian

11 Cikgu Salman selalu memarahi murid-muridnya. _______________ , murid-murid menghormatinya kerana beliau seorang guru yang berdedikasi.
A Selain itu
B Namun begitu
C Oleh sebab itu
D Lebih-lebih lagi

12 Sejak kecil lagi Pak Udin memang gerun ke laut, ____________ pada usianya yang semakin lanjut ini.
A walaupun begitu
B namun demikian
C lebih-lebih lagi
D selepas itu

JAWAPAN.

1B 2C  3B  4B  5D  6D  7B  8C  9C  10B  11B  12 C