KATA DASAR
|
MAKNA
|
CONTOH AYAT
|
Album
|
a) Buku tempat menyimpan gambar, setem
b) Piring hitam
|
Gambar-gambar
perkahwinan abang tersimpan di dalam album
tersebut.
Sudirman
banyak mengeluarkan album lagu
patriotik
|
Bapa
|
a)
Panggilan
kepada orang tua sebagai tanda hormat
b) Perintis jalan, pelopor
|
Bapanya menghidap sakit jantung
Tunku Abdul Rahman adalah bapa kemerdekaan negara
|
Cetek
|
a) Tidak dalam (air)
b) Tidak luas (pengetahuan)
|
Air perigi itu cetek
pada musim kemarau
Ilmunya cetek
kerana dia tidak suka membaca
|
Erti
|
a) Simbol
b) Faham
c) Faedahnya
|
Jika siren ambulans
berbunyi, ertinya ada kecemasan
Halim tidak mengerti akan perubahan sikap adiknya
Tidak ada ertinya kamu membantu orang yang
degil seperti budak itu
|
Had
|
a) Batas, sempadan
b) Hingga, setakat
|
Jangan melepasi had
yang ditentukan
Skirt itu hanya had
lutut sahaja
|
Identiti
|
a) Keperibadian seseorang
b)
Adat
resam, simbol dalam masyarakat
|
Berbaju kebaya menjadi identiti penyanyi itu
Ketinggian budi dan sopan santun adalah identiti masyarakat timur
|
Lurus
|
a) Tidak bengkok
b) Jujur, benar
c) Tegak betul
|
Jalan raya itu sungguh lurus
Cik Lee yang lurus itu selalu dipermainkan orang
Anggota tentera yang
menyertai perbarisan kawat berdiri lurus
|
Pudar
|
a) Kabur
b) Pasif
c) Kelam, kurang cahaya
|
Warna seluarnya telah pudar
Semangatnya untuk belajar
semakin pudar setelah kematian
emaknya
Cahaya lampu di dalam bilik itu semakin pudar
|
Serbu
|
a) Menyerang, merempuh, melanggar
b) Pergi beramai-ramai, meluru
|
Pasukan polis menyerbu
rumah perjudian disebatang lorong di Banting
Orang ramai menyerbu
ke sebuah pasar raya yang mengadakan jualan murah
|
Taat
|
a) Sentiasa menurut perintah, patuh, akur
b)
Setia,
jujur, tidak berlaku curang
|
Rakyat Malaysia mesti taat kepada pemerintah yang
memerintah
Suami isteri perlulah taat kepada ikatan perkahwinan
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment