1. Karangan ucapan biasanya ditulis bersempena dengan sambutan suatu
majlis tertentu seperti perhimpunan, majlis perasmian, majlis perpisahan,
majlis keraian, dan sebagainya.
2. Beberapa contoh ucapan ialah ucapan tahniah, ucapan takziah, ucapan
perpisahan, ucapan penerangan, ucapan terima kasih, dan uacapan perasmian.
3. Bagi menulis karangan ucapan, biasanya
suatu situasi diberikan. Kamu diminta menulis ucapan
berdasarkan situasi tersebut.
4.
Isi-isi
yang diberikan dalam karangan ucapan mestilah tepat dan logik.
5.
Gunakanlah
bahasa yang mudah, tepat, dan padat. Penggunaan ungkapan menarik seperti
peribahasa amat digalakkan dalam penulisan karangan ini.
6. Semasa menulis teks ucapan, pastikan
terdapat tiga bahagian seperti yang berikut:
(a) Pendahuluan (satu perenggan)
(b) Isi-isi (satu isi satu perenggan)
- sekurang-kurangnya empat isi berserta
huraian dan contoh
(c) Penutup (satu perenggan)
- mengakhiri ucapan dengan
kesimpulan dan mengucapkan terima kasih
.
Kata penghadapan atau kata panggilan kepada hadirin mestilah
diselang-selikan antara
perenggan
ketika menulis karangan ucapan.
No comments:
Post a Comment