PENANDA WACANA
·
Penanda
wacana ialah kata atau rangkai kata yang menghubungkan ayat.
·
Penanda
wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perengan yang baru supaya
ayat-ayat menjadi lebih teratur dan mempunyai kesinambungan antara satu
perenggan dengan perenggan yang seterusnya.
Contoh-contoh soalan penanda wacana.
1 Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah
letak.
A Justeru
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian
2 Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.
A lagipun
B mungkin
C akhirnya
D kemudian
3 Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.
A Lagipun
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian
4 Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksa dibatalkan.
A Jadi
B Justeru
C Mungkin
D Sebaliknya
5 Dato’ Khir menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web syarikat itu.
A Namun
B Mungkin
C Meskipun
D Seterusnya
6 Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ________ tarikh tutup semakin hampir.
A justeru
B lagipun
C namun
D walhal
7 _________ membeli kereta, memiliki basikal _____ dia tidak mampu.
A Baik …pun
B Jangankan…pun
C Walaupun…bahkan
D Walaupun…namun
8 Azah kelihatan mengantuk lagi. ____ dia menolong ibunya di warung sehingga lewat malam.
A Kemudian
B Namun
C Mungkin
D Selain itu
9 Mula-mula basuh beras itu
bersih-bersih. ____________ sukat air secukupnya.
A Namun
B Oleh itu
C Kemudian
D Dengan demikian
A Namun
B Oleh itu
C Kemudian
D Dengan demikian
10 Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia sentiasa mendapat pujian daripada guru-gurunya.
A Selain itu
B Oleh sebab itu
C Namun demikian
D Biarpun demikian
11 Cikgu Salman selalu memarahi murid-muridnya. _______________ , murid-murid menghormatinya kerana beliau seorang guru yang berdedikasi.
A Selain itu
B Namun begitu
C Oleh sebab itu
D Lebih-lebih lagi
12 Sejak kecil lagi Pak Udin memang gerun ke laut, ____________ pada usianya yang semakin lanjut ini.
A walaupun begitu
B namun demikian
C lebih-lebih lagi
D selepas itu
JAWAPAN.
1B 2C 3B 4B 5D 6D 7B 8C 9C 10B 11B 12
C
No comments:
Post a Comment